Pulihkan kulit melecur.
Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian
kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga
kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.
Rawatan jika terkena minyak
atau air panas
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di
tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi
S.A.W sebanyak 3 kali.
Menghilangkan parut luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah
bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus
dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut
tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan
sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.