Dikala manusia dalam kejahilan
Fakir ilmu dan akhlaknya
Menurut hawa nafsu
Buta Hatinya melihat kebenaran dan kebaikan
Hadir Sinar ilmu
memimpin tangan berpegang yang hak
membuka minda mencetus fikrah
Menegur kesilapan
Berkata benar dan tulus hatinya
Ketabahan hatinya terus dengan usaha
membuka buku terpancar pandangannya
Lembut kata-katanya
Gurauan menyedarkan lamunan
Nasihat tidak berhenti
setakat masa dan kesempatan
Doa dipanjatkan tercapainya kejayaan
kegembiraan bukan kesudahan
perjuangan mengasuh anak bangsa
Sinar ilmu
tidak padam
kerana ketulusan hatimu
Buat Guruku.....