AD-DIN NASIHAH
Fikir sebelum bertindak

AD-DIN NASIHAH

Wawasan 2012
 
HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  
Semoga Allah berikan hidayah dan kesejahteraan Dan semua mendapat keampunan daripada Allah
Latest topics
» Sesi dimulai bacaan al-Quran
Mon 15 Nov 2010, 12:24 pm by Admin

» 10 tahun pertama terdedah perceraian
Mon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin

» Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
Wed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin

» Ramadan 1431H di Cairo
Mon 16 Aug 2010, 6:30 pm by Admin

» Sekularisme
Sun 08 Aug 2010, 8:04 am by Admin

» Akhlak & Moral hiasan mukmin
Wed 21 Jul 2010, 8:55 am by Admin

» Ciri-ciri fahaman wahabi
Wed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin

» Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
Mon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin

» Musim Panas dan debu
Wed 02 Jun 2010, 7:05 pm by Admin

10 tahun pertama terdedah perceraian
Mon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin
Oleh NORILA DAUD
pengarangutusan@utusan.com.my

BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan …

[ Full reading ]
Comments: 0
Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
Wed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin
Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas raldhiallahu 'anhuma, ia berkata :

"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih …

[ Full reading ]
Comments: 0
Sekularisme
Sun 08 Aug 2010, 7:59 am by Admin
Sekular

Sekular berasal dari kata latin saeculum yang artinya zaman ini atau masa kini. Istilah ini digunakan untuk menunjukkan suatu kondisi ideal dimana masyarakat terbebas dari pengaturan …

[ Full reading ]
Comments: 2
Ciri-ciri fahaman wahabi
Wed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin
Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga sering kali
ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. …


[ Full reading ]
Comments: 0
Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
Mon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin
Gerakan liberalisasi Islam yang marak belakangan ini, ternyata pengaruh
pemikiran liberal di Barat yang berkembang dalam tradisi Kristen.
Repotnya, ingin dipaksakan dalam Islam . Gerakan liberalisasi …


[ Full reading ]
Comments: 0
Hati-hati dengan ini
Sat 20 Mar 2010, 9:37 pm by Admin
Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin …

[ Full reading ]
Comments: 0

Share | 
 

 Ada apa dengan wudhu. . .

Go down 
AuthorMessage
Nurhani



Number of posts : 14
Points : 17
Reputation : 3
Registration date : 2008-05-18

PostSubject: Jika tiada air untuk berwudhu, bertayammumlah.   Mon 22 Dec 2008, 5:41 pm

Di antara perkara yang dituntut sebelum mendirikan sembahyang, umat Islam diwajibkan bersuci dari hadas kecil dan hadas besar.

Cara bersuci dari hadas kecil ialah dengan berwudhu. Manakala cara bersuci dari hadas besar ialah dengan mandi wajib.

Jika ketiadaan air, umat Islam tetap diwajibkan untuk mendirikan sembahyang fardhu. Bagaimana caranya Question Bukankah berwudhu dan mandi wajib itu dengan menggunakan air Question Question Exclamation

Idea Di sini dikenalkan istilah tayammum.

Arrow Maksud tayammum itu ialah sebagai ganti wudhu untuk membolehkan seseorang itu bersembahyang. Tayammum itu hanyalah untuk membolehkan seseorang itu bersembahyang semasa ketiadaan air. Ia bukan bermakna dengan bertayammum itu dia sudah mengangkat hadas kecil atau hadas besar. Seseorang itu tetap dalam keadaan hadas kecil atau hadas besar sehinggalah berwudhu atau mandi wajib. Setelah mendapat air yang mencukupi untuk berwudhu atau mandi wajib, seseorang itu mestilah mengangkat hadas kecil atau hadas besar sebelum mendirikan sembahyang.

Arrow Rukun tayammum :
1. Niat (Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan aku bersembahyang)
2. Memindahkan debu tanah ke anggota tayammum iaitu muka dan kedua tangan hingga siku.
3. Menyapukan debu ke muka.
4. Menyapukan debu ke dua tangan hingga ke siku.
5. Tertib

study Setiap kali hendak bersembahyang fardhu hendaklah bertayammum, walaupun tidak ada perkara yang membatalkan tayammumnya. Tidak boleh menghimpunkan beberapa sembahyang fardhu dengan satu tayammum saja. Tetapi jika bersembahyang fardhu kemudian diikuti dengan sembahyang sunat atau beberapa sembahyang sunat dengan satu tayammum, tidaklah mengapa, ianya dibolehkan.

Jika terjadi perkara-perkara yang membatalkan wudhu, batallah juga tayammumnya.

Dan jika telah mendapati air yang mencukupi untuk berwudhu maka dengan serta merta tayammumnya pun batal.

study Bertayammum adalah untuk membolehkan seseorang itu melaksanakan ibadah (yang memerlukan ia dalam keadaan suci dari hadas) sepeti memegang Al-Quran, tawaf dan sembahyang semasa ketiadaan air ataupun semasa tidak boleh menggunakan air kerana darurat (sebab penyakit atau berbalut dan sebagainya), tidak kiralah jika waktu itu dia sedang dalam hadas kecil ataupun hadas besar.

Ini bermakna, sembahyang itu tetap wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun bahkan dalam situasi-situasi yang tertentu dibolehkan bersembahyang tanpa wudhu (sembahyang menghormati waktu). Begitulah kepentingan sembahyang bagi umat Islam. Allah telah menetapkan bahawa sembahyang adalah perkara yang paling utama dari segala-galanya. Oleh itu sama-samalah kita tanamkan dalam hati kita untuk sentiasa mengerjakan sembahyang fardhu dan dihindarkan diri dari perasaan malas atau lalai dari mengerjakannya. Smile I love you Smile
Back to top Go down
View user profile
Nurhani



Number of posts : 14
Points : 17
Reputation : 3
Registration date : 2008-05-18

PostSubject: Ada apa dengan wudhu. . .   Mon 22 Dec 2008, 2:00 pm

Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum berwudhu.

1. Tahu rukun wudhu.
2. Tiada benda-benda yang najis dan kotor di tubuh badan.
3. Tiada benda yang melekat dan menghalang air sampai ke anggota wudhu. (cat atau pewarna kuku dan sebagainya)

Rukun wudhu itu ada 6 :
1. Niat.
2. Membasuh muka.
3. Membasuh dua tangan hingga dua siku.
4. Menyapu sedikit air ke sebahagian daripada kepala.
5. Membasuh dua kaki hingga dua bukulali.
6. Tertib.

Bila masanya kita hendak berwudhu?
Umat Islam digalakkan berwudhu sepanjang waktu. Namun begitu ada waktu-waktu yang diwajibkan untuk berwudhu, di antaranya ialah :
1. Ketika hendak mendirikan sembahyang.
2. Ketika hendak menyentuh atau mengangkat Al-Quran
3. Ketika mengerjakan tawaf.

Waktu-waktu lain yang dianjurkan untuk berwudhu ;
1. Jika hendak membaca Al-Quran.
2. Sebelum berangkat untuk bekerja atau sebagainya.
3. Jika hendak menghadiri majlis-majlis ilmu.
4. Jika hendak menghadiri majlis jemputan (jemputan nikah/kahwin dan sebagainya)
5. Bagi pelajar, sebelum berangkat ke sekolah/tempat pengajian.
6. Jika hendak melawat orang sakit.
7. Ketika hendak pergi ke tempat-tempat yang jauh / tempat asing atau tempat baru.
8. Ketika hendak tidur.
9. Jika hendak berhadapan dengan orang yang bengis atau zalim.
10. Berhadapan dengan musuh.
11. Selepas masuk Islam.
12. Selepas sedar dari pengsan/koma.

Apa pentingnya wudhu?
Wudhu itu menghapuskan kekotoran, baik kotoran luaran mahupun kekotoran yang tersembunyi.
Setiap titis air wudhu itu diibaratkan seperti jatuhnya dosa-dosa kita. Ia membersihkan diri dan jiwa seseorang dan menjauhkan dari segala kejahatan.
Oleh itu salutilah tubuh kita dengan air wudhu setiap hari dan sepanjang waktu.

p/s : Ada tips untuk membuatkan wudhu kita kekal lama?


Last edited by Nurhani on Mon 22 Dec 2008, 6:04 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
View user profile
 
Ada apa dengan wudhu. . .
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
AD-DIN NASIHAH :: mari kita berbincang-
Jump to: