AD-DIN NASIHAH
Fikir sebelum bertindak

AD-DIN NASIHAH

Wawasan 2012
 
HomeHome  PortalPortal  CalendarCalendar  GalleryGallery  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  Log in  
Semoga Allah berikan hidayah dan kesejahteraan Dan semua mendapat keampunan daripada Allah
Latest topics
» Sesi dimulai bacaan al-Quran
Mon 15 Nov 2010, 12:24 pm by Admin

» 10 tahun pertama terdedah perceraian
Mon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin

» Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
Wed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin

» Ramadan 1431H di Cairo
Mon 16 Aug 2010, 6:30 pm by Admin

» Sekularisme
Sun 08 Aug 2010, 8:04 am by Admin

» Akhlak & Moral hiasan mukmin
Wed 21 Jul 2010, 8:55 am by Admin

» Ciri-ciri fahaman wahabi
Wed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin

» Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
Mon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin

» Musim Panas dan debu
Wed 02 Jun 2010, 7:05 pm by Admin

10 tahun pertama terdedah perceraian
Mon 15 Nov 2010, 12:16 pm by Admin
Oleh NORILA DAUD
pengarangutusan@utusan.com.my

BANGI 14 Nov. - Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan …

[ Full reading ]
Comments: 0
Puasa Bulan Ramadan dan Sedekah
Wed 18 Aug 2010, 3:32 am by Admin
Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas raldhiallahu 'anhuma, ia berkata :

"Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih …

[ Full reading ]
Comments: 0
Sekularisme
Sun 08 Aug 2010, 7:59 am by Admin
Sekular

Sekular berasal dari kata latin saeculum yang artinya zaman ini atau masa kini. Istilah ini digunakan untuk menunjukkan suatu kondisi ideal dimana masyarakat terbebas dari pengaturan …

[ Full reading ]
Comments: 2
Ciri-ciri fahaman wahabi
Wed 21 Jul 2010, 8:09 am by Admin
Fahaman Wahabi ini terlalu kerap ditimbulkan oleh pelbagai pihak samaada dari golongan muda ataupun golongan tua. Sejak sekian lama juga sering kali
ditanyakan isu-isu berkaitan fahaman Wahabi. …


[ Full reading ]
Comments: 0
Liberalisasi Islam dan Agenda Global Barat
Mon 14 Jun 2010, 7:36 am by Admin
Gerakan liberalisasi Islam yang marak belakangan ini, ternyata pengaruh
pemikiran liberal di Barat yang berkembang dalam tradisi Kristen.
Repotnya, ingin dipaksakan dalam Islam . Gerakan liberalisasi …


[ Full reading ]
Comments: 0
Hati-hati dengan ini
Sat 20 Mar 2010, 9:37 pm by Admin
Menurut K.H Sirajudin Abbas seorang ulama besar Indonesia dalam buku 40 Soal-Jawab Agama menyatakan konsep moden fahaman Wahabi antaranya adalah seperti berikut:

. Dalam mempelajari ilmu Usuludin …

[ Full reading ]
Comments: 0

Share | 
 

 MOTIVASI HARIAN

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 170
Points : 145
Reputation : 0
Registration date : 2008-05-15

PostSubject: MOTIVASI HARIAN   Sun 18 Oct 2009, 7:17 am


  1. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, siapakah yang anda mahu jadi?
  2. Semasa anda menatap wajah anda di dalam cermin setiap pagi atau setiap kali, adakah anda suka apa yang anda lihat?
  3. Selama ini, apabila anda melihat kehebatan orang lain, adakah anda mula merasa rendah diri?
Back to top Go down
View user profile http://hewar.7forum.biz
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 170
Points : 145
Reputation : 0
Registration date : 2008-05-15

PostSubject: Re: MOTIVASI HARIAN   Sun 18 Oct 2009, 7:19 am

Ini nasihat saya. Nasihat ini ialah nasihat yang saya amalkan
apabila saya mula merasa rendah diri semasa melihat kehebatan orang
lain. Begini. Apabila anda melihat kehebatan seseorang

  • Pertama, kagumi kehebatan mereka. Jangan rasa
    marah, benci atau cemburu. Jika anda benci pencuri, adakah anda mahu
    jadi pencuri? Tidak bukan? Jika anda benci orang biadab, adakah anda
    mahu jadi biadab? Tentu tidak juga
    bukan? Sama juga. Jika anda benci orang yang hebat dan cemerlang,
    secara tidak sedar anda mendidik diri anda untuk bencikan kehebatan dan
    kecemerlangan. Akibatnya, anda tidak jadi hebat seperti mereka.
  • Kedua, kata dalam hati, “hebatnya awak ni! Bagus, saya juga akan
    jadi hebat macam awak tak lama lagi. Orang lain pun akan rasa macam apa
    saya rasa sekarang setiap kali melihat saya.”
  • Ketiga, bayangkan diri anda hebat seperti orang tersebut. Bayangkan
    bagaimana cara anda bercakap, berjalan, duduk, bekerja dan sebagainya
    jika anda sehebat mereka.

Aktiviti ini semua bukan sahaja akan mengurangkan rasa rendah diri
kita malah ia akan meningkatkan lagi semangat kita untuk berjaya. Jika
anda kurang yakin dengan teknik ini (hehe, kurang yakin dengan teknik
keyakinan diri…. macam kelakar pula bunyinya..) apa kata anda cuba
sahaja. Lihat apa kesannya kepada keyakinan diri anda.
Back to top Go down
View user profile http://hewar.7forum.biz
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 170
Points : 145
Reputation : 0
Registration date : 2008-05-15

PostSubject: Re: MOTIVASI HARIAN   Sun 18 Oct 2009, 7:21 am

Soalan saya yang seterusnya ialah ‘Semasa anda menatap wajah anda di
dalam cermin setiap pagi atau setiap kali, adakah anda suka apa yang
anda lihat?’
Percaya
atau tidak, kebanyakan orang tidak dapat melihat kecantikan diri mereka
yang tersendiri. Disebabkan mereka selalu membandingkan kecantikan
mereka dengan orang-orang berstatus model, mula wujud rasa benci dan
tidak suka kepada rupa dan keadaan diri mereka sendiri. Jadi, setiap
kali melihat ke dalam cermin, mereka ini selalu mencari dan terlihat
keburukan dan kekurangan pada wajah dan tubuh badan mereka.
Orang-orang yang begini selalu menunggu situasi dan waktu yang
sesuai untuk sukakan diri mereka. Contohnya, kalau ada orang lain puji
kecantikan mereka, baru mereka rasa gembira dan yakin. Kalau ada orang
lain sukakan mereka, baru mereka mahu suka diri mereka sendiri walaupun
selalunya tidak bertahan lama.
Keyakinan diri kita tidak boleh bergantung kepada faktor luaran.
Maksudnya, tidak boleh tunggu semua orang suka kita baru nak rasa
yakin. Tidak perlu tunggu orang puji kita baru nak rasa gembira.
Keyakinan diri sepatutnya datang dari dalam diri kita sendiri. Setiap
kali kita melihat cermin, kita sendiri memuji keindahan ciptaan Allah
yang dijelmakan ke dalam rupa paras kita. Setiap kali kita melihat
cermin, kita rasa suka menjadi diri kita sendiri.
Ini yang saya cadangkan. Setiap pagi, semasa sedang bersiap-siap
untuk ke sekolah atau ke tempat kerja, lihat wajah kita di cermin.
Senyum dan bayangkan kejayaan-kejayaan kita pada masa lalu. Kemudian,
bayangkan pula tentang orang-orang yang suka, sayang dan sentiasa
menyokong kita. Teruskan senyum dan akhir sekali, bayangkan
bagaimanakah cara kita senyum apabila kita sudah benar-benar berjaya
suatu hari nanti. Bayangkan apakah rasanya kalau kita seorang yang
sangat berkeyakinan tinggi. Aktiviti ini hanya mengambil masa antara
1-3 minit sahaja. Sanggupkah kita laburkan masa itu untuk meningkatkan
keyakinan diri kita?
Back to top Go down
View user profile http://hewar.7forum.biz
Admin
Admin
avatar

Number of posts : 170
Points : 145
Reputation : 0
Registration date : 2008-05-15

PostSubject: Re: MOTIVASI HARIAN   Sun 18 Oct 2009, 7:22 am

Saya sudah terangkan bahawa rahsia keyakinan diri yang ketiga ialah
’suka dan cintakan diri kita sendiri’. Saya juga telah berikan 3 soalan
untuk anda fikirkan. Sudahkah anda fikirkan? Mari saya terangkan
mengapa saya tanya soalan tersebut.
1. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi orang lain, siapakah yang anda mahu jadi?
Soalan ini bukan bertujuan untuk memerangkap atau mengena.
Kebanyakan orang apabila ditanya soalan begini, mereka mula fikir
tentang siapa yang mereka mahu jadi. Tidak salah mahu jadi seperti
orang yang hebat. Namun, kita mesti ingat, soalan ini bertanya sama ada
kita mahu jadi orang lain. Jika kita mahu, ia bermakna kita tidak
berapa suka atau cintakan keadaan diri kita sekarang. Sebab itulah kita
mahu jadi orang lain.
Ini
berbeza dengan rasa ingin berubah. Orang yang ingin berubah kepada
sesuatu yang lebih baik masih sukakan diri mereka. Tidak kira apa kerja
mereka, apa pangkat mereka, apa kekurangan mereka, mereka tetap sukakan
diri mereka sendiri. Cuma mereka mungkin mahu mengubah diri mereka
kepada yang lebih baik. Orang yang tidak berkeyakinan diri pula tidak
sukakan diri mereka dan kalau diberi pilihan, pasti mereka mahu jadi
orang lain.
Mulai hari ini, cuba fikirkan sekali lagi, adakah kita mahu bertukar
menjadi orang lain? Kalau ada satu kejaiban di dunia ini yang boleh
menukarkan kita kepada orang lain, mahukah kita? Jika anda kata anda
tidak mahu dan anda masih mahu menjadi diri anda walaupun masih belum
mencapai kejayaan besar dalam hidup, itu tandanya anda suka dan
cintakan diri anda. Jika itu yang anda percaya, saya juga percaya
bahawa anda adalah orang yang bersemangat dan mempunyai keyakinan diri
yang tinggi.
Back to top Go down
View user profile http://hewar.7forum.biz
Sponsored content




PostSubject: Re: MOTIVASI HARIAN   

Back to top Go down
 
MOTIVASI HARIAN
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
AD-DIN NASIHAH :: pengetahuan melalui bacaan-
Jump to: